Wednesday, December 28, 2005

Anti Mawi?

Tengah surf website, terjumpa lak laman web ni :

  1. Screw Mawi

  2. Anti Mawi

  3. A Mawi Gem

  4. #anti-mawi @ irc.webchat.org



Nampaknya populariti mawi sekarang ini bukan sahaja terletak pada kelab mawi-fc, tetapi kepada mereka yang juga turut anti mawi.. w00t!!

Friday, November 25, 2005

Video & Panduan Menutup Aurat dengan Betul

Wes, aku jumpa video ni dlm torrent, mengapa perlu menutup aurat dan cara menutup aurat dgn betul. Aku upload kat sini utk panduan bersama.







Download video klip [9.3MB] : Video Student MMU
Cara menutup aurat dengan betul : Panduan PDF

Thursday, November 10, 2005

Cuti Raya dah abis!

Cuti raya dah abis, semua dah back to work! Amacam semua? byk kuar/dapat duit raya? Kepada sesiapa yang tengah nak amik Peperiksaan SPM 2005 tu, aku ucapkan Selamat Maju Jaya, score betul-betul beb!

Saturday, October 29, 2005

Download Lagu Raya

A'kum, Raya dah dekat!, sekarang ni korang boleh download koleksi 20 lagu raya nostalgik untuk di dengar pada musim hari raya!

Boleh mula download di sini!

Koleksi Lagu Raya Nostalgik [78.7MB]

Pilihan Hot
Khairil_Johari_-_Sepasang_Kurung_Biru.mp3
M_Nasir_-_Satu_Hari_di_Hari_Raya.mp3
P_Ramlee_-_Dendang_Perantau.mp3
Rafeah_Buang_-_Selamat_Hari_Raya.mp3
Saloma_-_Selamat_Hari_Raya.mp3
Sanisah_Huri_-_AidilFitri.mp3
Sanisah_Huri_-_Bersabarlah_Sayang.mp3
A.Ramlie_-_Suara_Takbir.mp3
Ahmad_Jais_-_Selamat_Hari_Raya.mp3
Various_Artist_-_Gembira_Di_Hari_Raya.mp3
Various_Artis_-_Salam_Aidilfitri.mp3


Bonus
008_Jangan Main Mercun-Ahmad Busu_Sabri Yunus.mp3
Alleycats_-_Sejuta_Kalau.mp3
Amy_Mastura_-_Bersama_Di_Hari_Raya.mp3
Amy_Mastura_-_Setahun_Sekali.mp3
Anuar_&_Ellina_-_Suasana_Hari_Raya.mp3
Dr_Sam_-_Esok_Hari_Raya.mp3
Ramli_Sarip_-_Ramadhan.mp3
Senario_-_Puasa_dan_Raya.mp3
Sharifah_Aini_-_Suasana_Hari_Raya.mp3
Sheila_Majid_-_Hari_Mulia.mp3
Sudirman_-_Dari_Jauh_Kupohon_Maaf.mp3
Ziana_Zain_&_Awie_-_Halaman_Asmara.mp3

Koleksi Lagu Raya Nostalgik [78.7MB]


Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan Maaf Zahir dan Batin!

Wednesday, October 26, 2005

Saiful - Ku juga mencintaimu

Atas permintaan ramai, hari aku senaraikan lagu ceduk Meteor Garden yang dinyanyikan oleh salah perserta Akademi Fantasia Malaysian Idol, Saiful. Lagu tu bertajuk Ku Juga Mencintaimu. Selalu duk dengar kat Radio Era nih.

Enjoy!

p/s: Lagu asal adalah Qing Fei Dei Yi

Download : Saiful - Ku Juga Mencintaimu

Friday, October 21, 2005

Takziah kepada Perdana Menteri Malaysia






Kakisembang ingin mengucapkan takziah kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah di atas pemergian isterinya yang tercinta, Datin Seri Endon binti Datuk Mahmood pada 20 Oktober 2005, bersamaan 17 Ramadhan 1426.

Semoga Roh Allahyarhamah di cucuri rahmat oleh-Nya.

Wednesday, October 05, 2005

Panduan Ramadhan

Wes, aku dapat ni dari blog anti-keseronokan, harap-harap korang baca eh. Bagus buku panduan ni. Dapat pahala banyak la bagi yang compile buku ni ;)

Ramadhan Handbook - Word format
Ramadhan Handbook - *.odt format

Monday, October 03, 2005

Ramadan Menjelang Lagi!

Nampaknya, Ramadan telah tiba lagi tahun ini, masa untuk kita berpuasa. Lepas tu pulak bagi yang merokok tu, sekarang ni la masa untuk berhenti tabiat merokok tu, sebab harga rokok pun dah naik sampai RM7 sekolah (pack 20).

Harap-harap semua orang kali ni dapat cukupkan sembahyang terawih setiap hari dibulan puasa dan bukan setakat cukup puasa sebulan je! Sebab banyak keberkatan yang boleh diperoleh kalau kita pegi solat terawih ni.

Ok la, aku pun dah ngantuk sikit, kalau besok puasa, alamatnya malam ni kena la start bersahur dengan sembahyang terawih... so aku log off dulu, chow!

Friday, August 26, 2005

Model Majalah dan Jalur Gemilang (Aida)

Ramai orang gempar dengan pendedahan yang dibuat TV3 berkenaan sebuah majalah yang memaparkan gambar model yang hanya dibaluti oleh Jalur Gemilang.

Pendedahan tersebut disiarkan melalui Buletin Utama dan Malaysia Hari ini, menunjukkan sebuah artikel dengan gambar seorang model wanita yang menggayakan pelbagai aksi.

Wajah model tersebut dikaburkan oleh TV3, tetapi yang peliknya, nama model tu "Aida" didedahkan pula. Ini menyebabkan semakin ramai orang tertanya-tanya siapakah Aida dengan tajuk majalah (baru keluaran ke-31) tersebut.

Tanpa berlengah lagi, inilah jawapannya...

Nama Majalah : Majalah Sensasi Lelaki
Model : Aida Khurniah (Pramugari)
Umur : 23
Asal : Kuantan, Pahang
Gambar :






Sumber : Forum Cari


p/s: Kalu aku tak pos sini pun korang carik gak majalah tu, lepas tu korang duk susah-susah lak pikir sapa la model tu dgn nama Majalah tu. Hah, sekarang dah senang.. korang pun bleh tau dah jawapannya :)

Selamat Hari Merdeka!

Anugerah Skrin 2005 yang hambar dan tawar.

wtf

Anugerah Skrin 2005 TV3 merupakan salah satu produksi TV3 yang mengecewakan aku. Aku pun bukannya kaki tengok anugerah sangat, tapi cukup untuk aku tau beza majlis anugerah sux ataupun tak

Antara perkara-perkara yang menyebabkan Anugerah Skrin 2005 sucks :
  1. Azwan Ali jadi pengacara
  2. Majlis belum pun start, Azwan Ali dah suh orang tepuk tangan 10 kali, sakit la tangan tu oiii!!
  3. Ezlynn silap umum nama pemenang Anugerah Wartawan kat Sarimah Ibrahim,kesian kat Ezlynn, bukan salah dia pun
  4. Azwan Ali terlupa wording masa mengacara, lepas tu buat-buat tak nampak Ako Mustapa dgn Rosyam lak


Kesimpulannya adalah :
Azwan Ali sux, patut blajar balik dari bawah cara camna nak mengacara majlis anugerah

TV3 please improve the quality of your program, dah la Mencari Cinta sux, Anugerah Skrin pun sux gak. Baik tgk TV Pendidikan je (eh ada lagi ke stesen tu?)

Friday, August 12, 2005

Malaysia yang Budiman


Malaysia adalah sebuah negara yang budiman.

Pemimpin-pemimpinnya adalah dari kalangan orang yang bersabar dan boleh dibawa berbincang, dan sedia hadir di meja perundingan.

Media Malaysia adalah profesional dan mempunyai skop yang luas, matang, tidak tertarik memainkan isu-isu yang membawa kepada pergaduhan dan kebencian sejagat.

Rakyat Malaysia yang bertoleransi memberikan peluang pekerjaan kepada imigran dari seberang, memberikan mereka peluang untuk mencari rezeki di bumi yang asing.

Malaysia sememangnya amat bertanggungjawab dan dapat berbincang sekiranya terdapat masalah yang dapat menjejaskan hubungan dua hala dengan jirannya. Malah masih lagi boleh memberi "ampun" terhadap anak-anak jiran nakalnya yang tak ingat-ingat nak balik kerumah mereka sendiri...

Terbaru adalah masalah jerebu yang diakibatkan oleh kegiatan "pertanian" oleh negara jiran. Malaysia masih lagi dapat bertenang dan berunding dengan pemerintah republik jiran untuk menyelesaikan masalah tersebut. Meskipun perkara tersebut berulangkali di ulangi oleh Republik jiran terbabit.

Rakyat Malaysia juga masih dapat bersabar tanpa mengadakan riot dan demonstrasi jalanan sebagaimana yang telah biasa dilakukan oleh penduduk Republik terbabit.

Walau Menteri Republik tersebut cuba menutup kesalahan menyalahkan firma Malaysia bakar hutan tanpa bukti (wtf?), Menteri Malaysia masih lagi bersabar dan tidak mengambil jalan tengah untuk menyaman Republik tersebut.

Yeah, Malaysiaku sangat berhemah, hormat pada jiran tetangga, tidak mahu menimbulkan kekecohan. Hatta tidak sekalipun cuba untuk menyaman apatah lagi ganyang jiran yang kerapkali mengambil kesempatan utk "membersihkan" hutan dan membuang sampahnya ke Malaysia.

Oh Malaysia ku tercinta, Merdeka, Merdeka Merdekalah!

Sumber :

Tuesday, August 09, 2005

Rancangan Mencari Cinta di TV3

Rancangan Mencari Cinta TV3 telah memberikan ruang baru kepada definisi "Reality TV" di Malaysia.

Namun rancangan ini berteraskan adab dan budaya timur dimana aktivi-aktivinya adalah lebih konservatif dan sesuai dgn budaya Malaysia.

Rancangan ini menampilkan 10 Jejaka yang ingin merebut cinta Elly Zakaria, seorang Eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Pada setiap minggu kita dapat melihat bagaimana jejaka-jejaka ini berusaha untuk merebut hati Elly Zakaria, dan berpeluang untuk mengenali lebih rapat tentang kehidupan Elly dan Jejaka-jejaka tersebut.

Berbeza dengan siri Barat, keputusan penyingkiran jejaka akan dibincangkan Elly dan keluarganya, dan kebiasaanya Abang Ipar Elly akan memberikan kata putus untuk menyingkirkan jejaka yang dianggap tidak sesuai untuk Elly.

Siri ini juga tidak menampilkan perserta-peserta dengan latarbelakang yang "cliche" dengan siri Barat dimana peserta wanitanya bukan terdiri dari Ratu Cantik dan Model Bikini dan Peserta Lelakinya juga bukan terdiri dari usahawan multi-millionaire atau mempunyai empayar perniagaan yang besar.

Tontonilah rancangan ini yang keudara pada setiap hari Selasa 9.00Malam di Tv 3.









Elly Zakaria - Gadis yang menjadi rebutan dalam Mencari Cinta





Mungkinkah Joe Labi berjaya memenangai hati gadis ini?

Sunday, August 07, 2005

Masalah dengan Windows XP Genuine check?


Anda ada masalah dengan Microsoft Windows XP Genuine Check?


Boleh cuba tips ini http://www.sinhack.net/GenuineAdvantage/

Mawi juara AF3!!




Mawi bukan sahaja mendapat tempat di hati peminat dengan menjadi Juara Akademi Fantasia, malah turut mendapat undian AFVOKAL, AFBAIK terbanyak, sekaligus menunjukkan ketelusan Astro dan kuasa mengundi peminat.

Tahniah kepada Mawi yang telah menjadi Juara AF3 !! Wa caya lu....

Pics dari Gallery MawiFC.com

Tuesday, August 02, 2005

Iklan Jawatan Kosong

Iklan Jawatan Kosong

Gading Kencana Sdn Bhd (GKSB) sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan:

Akauntan/Penolong Akauntan (Accountant)
Lokasi : Shah Alam, Selangor
Tarikh tutup : 10 September 2005

Kelayakan :
Diploma dalam bidang Perakaunan, Pengajian Bank, Pengajian Perdagangan daripada mana-mana institusi pengajian tinggi atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Calon-calon yang berminat boleh menghantar resume beserta no telefon kepada : guntor@gadingkencana.com.my

Sila lawati Laman Web untuk maklumat syarikat ini.

Monday, August 01, 2005

Ada apa dengan Ayah Pin

Sekarang nie dengan adanya kemudahan teknologi maklumat menyebabkan hampir semua orang mempunyai blog sendiri. Weblog sudah menjadi trend bagi segenap lapisan masyarakat yang menjadi pengguna internet.

Ayah Pin dan isteri-isterinya

Turut tidak mahu ketinggalan dalam trend blog ini adalah Ayah Pin yang kini sedang diburu pihak berkuasa Malaysia.

Apa blog dia kata? Jom kita lawati blog Ayah Pin untuk mengetahui perkembangan semasa pengasas ajaran sesat "Kerajaan Langit" ini.

Laman web blog Ayah Pin : http://ayah-pin.blogspot.com/

Screenshot Microsoft Windows Vista

Bawah nie aku post screenshot Microsoft Windows Vista. Bagi yang masih taktau lagi, Microsoft Windows Vista adalah produk sistem operasi Microsoft terbaru selepas Windows XP dan dijadualkan untuk dilancar pada penghujung tahun 2006.

Dahulunya Microsoft Windows Vista hanya dikenali melalui nama kodnya sahaja iaitu "Longhorn"
















Sila lawati laman web rasmi Microsoft Windows Vista di http://www.microsoft.com/windowsvista/default.mspx untuk maklumat lanjut berkenaan sistem operasi ini.

Sunday, July 31, 2005

Cuba tengok ni, apa korang nampak?

Cuba korang tengok gambar ni elok-elok, apa yang korang nampak? Aku rasa gambar ni merupakan contoh terbaik untuk menerangkan teori rekursif la.






Awas: Jangan klik jika anda sedang mengalami migrain, cirit-birit, muntah darah dan sebagainya !

Petrol dan Diesel Naik Harga Lagi !!

Alamak, hari ni aku bukak tv nak tengok kut-kut ada citer best, tiba-tiba lain citer yang aku dapat. Aku terbaca pengumuman yang Petrol dan Diesel akan di naikkan harga mulai besok (31 Julai 2005)!

Aisehmen, teruk la aku camni, dah la aritu naik pun aku pun sedar terlambat, tub-tub isi minyak RM10, dpt dalam 7 liter lebih sikit je, tensen tul!

Aku taktau la pulak camna nanti besok, petrol naik lagi 10 sen, lepas tu diesel lak naik 20 sen. Aku ikut-ikut hati aku, rasa cam malas lak nak bawak keta sekarang nie, rasa cam nak jalan kaki je. Tapi aku relax jap dulu, kena bajet balik la duit aku bulan depan.

Tapi lak, tak bestnya bila naik harga petrol+diesel naik ni, ada lak org amik kesempatan, naik harga itu ini. Aiseh, ingatkan RM naik, semua mender stabil, rupanya idak. Aaaaaaaaa tensennya!!!!!!!

Welcome to my blog!!

wahahaa... aku berjaya buat blog merepek aku yang pertama, tak sangka lak aku pandai buat blog merepek, hehehe.

Ok la, ni merupakan pos warm up aku yang pertama utk updatekan blog aku nie. Harap-harap korang semua baca la ye? tak baca pun takpe sebab blog aku nie pun merepek je tak banyak sangat pun isi-isi penting.