Friday, August 12, 2005

Malaysia yang Budiman


Malaysia adalah sebuah negara yang budiman.

Pemimpin-pemimpinnya adalah dari kalangan orang yang bersabar dan boleh dibawa berbincang, dan sedia hadir di meja perundingan.

Media Malaysia adalah profesional dan mempunyai skop yang luas, matang, tidak tertarik memainkan isu-isu yang membawa kepada pergaduhan dan kebencian sejagat.

Rakyat Malaysia yang bertoleransi memberikan peluang pekerjaan kepada imigran dari seberang, memberikan mereka peluang untuk mencari rezeki di bumi yang asing.

Malaysia sememangnya amat bertanggungjawab dan dapat berbincang sekiranya terdapat masalah yang dapat menjejaskan hubungan dua hala dengan jirannya. Malah masih lagi boleh memberi "ampun" terhadap anak-anak jiran nakalnya yang tak ingat-ingat nak balik kerumah mereka sendiri...

Terbaru adalah masalah jerebu yang diakibatkan oleh kegiatan "pertanian" oleh negara jiran. Malaysia masih lagi dapat bertenang dan berunding dengan pemerintah republik jiran untuk menyelesaikan masalah tersebut. Meskipun perkara tersebut berulangkali di ulangi oleh Republik jiran terbabit.

Rakyat Malaysia juga masih dapat bersabar tanpa mengadakan riot dan demonstrasi jalanan sebagaimana yang telah biasa dilakukan oleh penduduk Republik terbabit.

Walau Menteri Republik tersebut cuba menutup kesalahan menyalahkan firma Malaysia bakar hutan tanpa bukti (wtf?), Menteri Malaysia masih lagi bersabar dan tidak mengambil jalan tengah untuk menyaman Republik tersebut.

Yeah, Malaysiaku sangat berhemah, hormat pada jiran tetangga, tidak mahu menimbulkan kekecohan. Hatta tidak sekalipun cuba untuk menyaman apatah lagi ganyang jiran yang kerapkali mengambil kesempatan utk "membersihkan" hutan dan membuang sampahnya ke Malaysia.

Oh Malaysia ku tercinta, Merdeka, Merdeka Merdekalah!

Sumber :

2 comments:

Balajoe said...

Ha ha...good one brother! Malaysia Boleh...

syed syahrul zarizi said...

siap dengan reference, bagus. merdeka balik kampung ke?